Hello everyone..!! Welcome to my DIARIES bloggers..!! ~

Saturday 17 November 2012

Pray For Gaza..! :'(


Assalamualaikum semua..

Sehingga kini beratus-ratus saudara kita di Gaza telahpun gugur lantaran diganyang peluru Zionis. Kita merasa cukup ‘helpless’ mendengar berita-berita yang sampai. Apa yang boleh kita lakukan?

Kita harus boikot barangan keluaran Israel seperti ini:


Jika kita tidak mampu juga?

Setidak-tidaknya seharusnya kita berdoa untuk keringanan penderitaan saudara-saudara kita serta kemenangan dan kemuliaan Islam. Berikut dinukilkan beberapa doa yang mungkin boleh dipanjatkan di dalam munajat sdr semua di celah-celah keheningan malam sdr bertahajjud, ataupun bila-bila masa sesuai, 
In Sha Allah :'(

Doa:


"Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya)?"


"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu."


"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam."


"Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya."

Jika kita tidak mampu membantu dalam bntuk harta benda atau wang ringgit, tetapi kita juga boley bantu mereka dengan mangirimkan doa kita kerana doa merupakan senjata yg paling ampuh dalam agama ISLAM.

Sama-sama kita membntu saudara seagama kita agar agama yg suci ini dapat kita selamatkan dripada orang kafir Laknatullah..! Allahuakbar..!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved syaharchilesblogz.blogspot.com