Hello everyone..!! Welcome to my DIARIES bloggers..!! ~

Monday 21 May 2012

22 petanda lelaki 'GENTLEMEN'

Hye... Assalamualaikum..

Hurrmm..dh lme x update pape kat blog syah nie kan..skung nie bnyak bnda nk kne wat smpai xde mase nk tliz pape kat cni..hehe..pape p0wn ary nie syah nk k0ngsi satu tips untuk kowg sume tentang cara untuk mengetahui bahawa adakah lelaki nie seorang yang 'GENTLEMEN'..

Lelaki 'gentlemen' atau lelaki budiman memang idaman wanita. Namun dengan personaliti lelaki yang pelbagai bukanlah mudah untuk mengenali lelaki sebegini. Pun begitu ada tanda yang boleh diperhatikan bagi memudahkan kaum wanita khususnya mengenal pasti golongan lelaki ini.. >,<


1. Kalau anda terlewat bersiap untuk temu janji, dia tidak marah-marah, jauh sekali membebel. Sebaliknya dia akan tersenyum sahaja dan mungkin dia akan menegur dengan cara paling sopan dan berlapik.


2. Anda menyakitkan hati si dia secara tidak sengaja. Tapi lelaki yang 'gentlement' tidak akan marah melulu dan memilih untuk meluahkan secara terus-terang. Tetapi jika sudah hilang kesabaran, mungkin dia bertindak mendiamkan diri aatau menjauhkan diri daripada anda. Dia tidak akan bergaduh atau menghempas telefon. Bergaduh dengan wanita hanya membuang masa baginya.


3. Anda bersamanya di sebuah restoran dan terjadi satu salah faham di mana lain hidangan yang dipesan, lain pula yang dihantar. Namun dia bukanlah orangnya yang suka membebel, menjerit-jerit dsan memaki-hamun.


4. Sewaktu memandu, biarpun ada kereta yang berkelakuan kurang ajar seperti isyarat tangan, sambil memberi isyarat lampu tinggi mengajak si dia berlumba,dia tetap tenang. Provokasi? Maaf, lelaki 'gentlement' tidak berminat untuk melayan!


5. Jejaka 'gentlemen' jika membuat kebajikan tidak selesa menjadi tumpuan ramai. Baginya, kalau tangan kanan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu.


6. Lelaki 'gentlemen' tidak akan bercakap ketika makanan penuh di dalam mulut.


7. Ketika hujan lebat si dia sanggup menjemput anda di tempat kerja betul-betul di tempat yang berbumbung. Dia tidak mahu anda terkena hujan. Kalau laluan kereta tidak berbumbung, dia akan menyuruh anda tunggu sementara dia keluar untuk memayungkan anda.


8. Ketika berjalan berdua, kalian terserempak dengan keluarga saudara anda. Si dia dengan ramah menegur dan bertanya khabar, malah mempelawa mereka menyertai anda berdua.


9. Dia tidak pernah berbual di telefon dengan suara yang boleh didengar dalam jarak selang sebuah rumah. jauh sekali bercakap berdegar-degar seolah-olah dialah lelaki paling hebat.


10. Dia tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupun anda sudah menjadi pasangannya selama 10 tahun.


11. Lelaki 'gentlemen' tidak akan bersin atau menghembus hingus tanpa tisu. Mereka juga tidak akan meludah merata-rata. Lelaki 'gentlemen' juga tidak akan sesekali melaras-laras alat sulitnya di khalayak ramai.


12. Dia tahu anda penat kerana seharian bekerja. Kerana itu, dia tidak berleter jika anda timbunkan pinggan mangkuk di singki semalaman. Sebaliknya dia dengan tenang menyinsing lengan baju dan membasuh setakat yang termampu.


13. Anda kelam-kabut pada waktu pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Butang kemeja bajunya tercabut. Dia terus mencapai benang dan mencari jarum. Dia akan menjahit sendiri tanpa mengharap bantuan daripada anda.


14. Jika ada tompokan darah haid di atas cadar dan anda tidak menyedarinya, dia tidak akan berleter sebaliknya dia hanya memberitahu dan menghulurkan cadar baru untuk anda tukar.


15. Lelaki 'gentlemen' mesti menggosok giginya sekurang-kurang dua kali sehari.


16. Seorang lelaki 'gentlemen' sanggup berada di dalam tandas dalam tempoh masa yang lama jikalau dia gagal mengepam selepas berurusan di mangkuk tandas. Dia akan memastikan tiada kesan ditinggalkan sehingga membuatkan insan lain 'terseksa'.


17. Kalau melihat anda membawa barangan yang banyak, dia akan menghulurkan tangan membantu.


18. Walaupun hanya sendirian di rumah, dia sesekali tidak akan minum air dengan meneguknya terus dari botol miniman. Dia akan mencari gelas dan menuangnya untuk minum.


19. Lelaki 'gentlemen' tak perlu diajar kerana mereka tahu bila masanya wanita merajuk dan bila pula masa wanita harus dipujuk.


20. Lelaki 'gentlemen' jika terpandang perempuan seksi ataupun sesuatu yang menjolok mata, dia tidak akan bersorak apa lagi memandang dengan penuh ghairah. Dia tetap tenang.


21. Kalau anda meminta dia membayar bil atau membeli sesuatu, dia tidak pernah gelapkan duit baki. Sebaiknya dia akan menyerahkan setiap sen kepada anda.


22. Dia tidak akan mengungkit kisah lama anda, biarpun dia tahu dan sedar dirinya adalah cinta kedua anda.






So, kowg sume dah abes baca kan?? harap tips or tanda-tanda nie dapat membantu anda dalam melayari saat-saat bahagia anda bersama yang tersayang..hehe :P

Actually,petanda ini khusus untuk wanita sahaja even sudah berkahwin ataupun baru ingin mencari pasangan hidup masing-masing..akan tetapi kepada lelaki-lelaki juga boleh jadikan tips-tips ini untuk membantu anda menjadi seorang yang 'GENTLEMEN'..ahakz.. :D

Okieeyy..itu sahaja yang syah nk tliz kali nie..hope tips-tips ini dapat membantu anda menjadi pasangan yg lbey baik dan mencari pasangan yang betul-betul 'GENTLEMEN'..that'z all n thankz for reading..daaa~ >,<

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved syaharchilesblogz.blogspot.com